Support gais ...
Kami juga menyediakan perkhidmatan "runner" bagi semua peniaga² durian untuk menjimatkan masa dan tenaga.
.
.
Apakah fungsi "Runner"...???
Runner adalah orang tengah yang bukan mengambil untung 'atas angin' akan tetapi tugas runner adalah menunggu ditempat peraih adakalanya dikebun dan memilih atau mengasingkan buah terpilih umpama peniaga yang sememangnya akan memilih buah durian yang baik dan segar untuk jualan.
.
.
Kadar keuntungan dan mengapa perlukan perkhidmatan "Runner"...???
Bergantung atas persetujuan dan jumlah kilo yang ditempah oleh peniaga, biasanya Rm1-Rm3 akan dicaj pada setiap 1kg untuk upah menunggu dan memilih buah durian. Kesulitan bagi peniaga yang jauh dari tempat peraih adalah pengangkutan, masa, tenaga dan kebanyakan peniaga luar daerah Bentong dan Raub mungkin tidak mempunyai pengetahuan tentang keadaan situasi yang terjadi sebagai contoh;
√ Pokok yang tidak cukup baja.
√ Harga semasa tidak menentu.
√ Kebun ditanah bukit atau bawah rata.
√ Keadaan isi buah warna dan rasa.
√ Gred buah dan jenis.
√ Tempoh buah lama dan baru.
√ Buah gugur masak atau akibat ribut.
√ Kebun rosak akibat penanaman tidak teratur.
.
.
Ciri² "Runner" yang sebenar...
1. Mengemukakan harga semasa sebenar peraih kepada pembeli/peniaga.
2. Hanya mengenakan caj tambang bagi perkhidmatan penghantaran (bukan pada setiap kilo) jika buah yang ditempah perlu dihantar kepada pembeli/peniaga.
.
.
PENTING...!!!
Setiap tempahan wajib disertakan deposit sebagai persetujuan pembeli/peniaga dan runner. Pastikan pembeli/peniaga bijak untuk memilih "Runner" yang baik dan tidak DITIPU oleh "penyangak" yang akan sentiasa mengambil kesempatan !!!
Call : 011-1221-9119 (Tokan Durian Bentong)
#AbamCendol #KakokCendol
#DurianBentong #DurianRaub #Durian #BorongDurian #MusangKing #DurianSedap
#TokanDurianBentong #RunnerDurian
Antara buah yang telah dibersih dan diasingkan mengikut gred dan kualiti terus dihantar kepada pembeli/peniaga.
Arab Ahmad selain menceburi bidang seni dunia artis beliau juga memberanikan diri dalam perniagaan durian Musang King di Bandar Utama Damansara.
No comments:
Post a Comment