Peraih Minyak Masak Terpakai

Update ...

Alhamdulillah syukur,
Semoga dipermudahkan segala urusan, dalam kesulitan dimusim banjir dan PKPB ini mungkin agak terkesan kepada golongan peniaga terutama kedai makan atau restoran menyebabkan pengambilan dan pengumpulan minyak masak terpakai akan berkurangan.

Namun itu tidaklah melunturkan semangat untuk terus berjuang dalam misi menyelamatkan bumi hijau dan membentras kegiatan peraih haram yang menapis semula minyak masak terpakai untuk dijual di pasaran.

Terdekat ini kami ada terima banyak rungutan dari pengguna dan peniaga yang menggunakan minyak masak jenis "peket" mengatakan stok amat sukar diperolehi di pasaran, mereka terpaksa mengeluarkan kos yang agak tinggi untuk membeli (menukar kepada) minyak masak didalam botol.

Mungkin dengan hal ini akan wujudnya peraih² haram yang akan mengambil kesempatan untuk menapis semula seterusnya memasarkan minyak masak jenis "peket"!!!

Untuk pengetahuan, minyak masak yang terpakai "tidak dibenarkan atau salah" untuk dikitar semula menjadi minyak masak kembali.

Oleh itu kami menyeru dan merayu kepada anda semua agar berhati hati dalam membeli minyak masak dan jika ingin menjual minyak masak terpakai kepada mana² peraih tolong pastikan mereka adalah wakil dari kilang yang berdaftar dan berlesen dari MPOB dan Jabatan Alam Sekitar.

Jika ada sebarang pertanyaan sila hubungi ditalian ini (24hours) : 01112219119

#AbamCendol #KakokCendol #Biodiesel #PeraihMinyakMasakTerpakai #Bcorp #MisiSelamatkanBumi #Recycle #AlamSekitar #RecycleUsedCookingOil #UsedCookingOil

No comments:

Post a Comment