Banyak faktor terjadinya krisis harga uco yang tak menentu sehingga ramai yang tertanya² mengapa harga uco ketika ini menurun?
Sebenarnya harga uco di Malaysia adalah masih diparas yang sewajarnya, sejak tahun 2006 lagi kempen mengumpul dan menjual minyak masak terpakai telah di war-warkan.
Jika kita lihat dari tahun 2016 harga belian runcit adalah sekitar Rm0.50 - Rm1.00 sahaja berbanding pada pertengahan 2021 telah mencecah sehingga Rm5.00 per /kg. Ini adalah kerana penutupan pintu eksport minyak sawit Indonesia ke Malaysia oleh Indonesia menjadikan permintaan semakin tinggi di Malaysia.
Ketika harga uco tidak terkawal naik sehingga Rm6,500 per MT telah wujud lebih ramai individu yang tidak bertanggungjawab dengan menyelewengkan minyak sawit Malaysia.
Pelbagai penyelewengan berlaku dengan beberapa kaedah seperti menyeludup keluar negara atau minyak baru dijual dengan harga minyak masak terpakai. Menjual kepada mereka yang tidak bertanggungjawab ini bererti telah menyokong mereka.
Sejak pintu eksport minyak sawit Indonesia ke Malaysia dibuka kembali, harga uco juga semakin kearah stabil seperti asal. Diharap anda semua faham dengan situasi yang telah berlaku ketika ini. Banyak stor² kecil terpaksa ditutup kerana tangki simpanan telah penuh dan tidak dapat dijual keluar seperti biasa.
Pastikan anda mengenalpasti setiap peraih yang datang untuk buat kutipan uco...!!!
#PeraihMinyakMasakTerpakaiMalaysia #uco #Bcorp #BuyUsedCookingOil #UsedCookingOil
No comments:
Post a Comment